SIAPA sangka minat terhadap masakan mampu membuka pintu rezeki baharu, seperti yang dibuktikan oleh pengasas jenama sambal Enakdeya, Jon Kin Chew, apabila mencatat pertumbuhan jualan sekitar 30 peratus setiap bulan, walaupun jenama itu baru beroperasi empat bulan. Menurut Jon, pencapaian tersebut didorong oleh sokongan pelanggan restoran miliknya, Copaa KL, selain promosi dari mulut ke mulut yang berterusan, malah produk itu juga mudah dibawa dan sedia dimakan kerana pembungkusannya yang praktikal.…










