KUALA LUMPUR: Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) yang dinaik taraf merupakan satu langkah penting ke hadapan dalam memperkukuh ekonomi serantau. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara ASEAN kini berdagang lebih banyak sesama sendiri, melabur antara satu sama lain sekali gus mempertingkat integrasi merentasi pelbagai sektor. “Bagi memperkukuh asas ekonomi, ASEAN kini meningkatkan perdagangan intra-ASEAN, memperluas pelaburan antara negara anggota serta memperkukuh integrasi merentasi pelbagai sektor. “Peningkatan ATIGA ini…










