Permintaan kukuh biodiesel sokong pendapatan KLK

Permintaan kukuh biodiesel sokong pendapatan KLK

HLIB Research mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap saham KLK dengan harga sasaran lebih tinggi pada RM24.65 sesaham.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuala Lumpur Kepong Bhd. (KLK) menjangkakan pendapatan dalam segmen perladangan kekal berdaya tahan dalam tempoh terdekat disokong permintaan biodiesel kukuh dari Indonesia.

Menurut HLIB Research, prospek segmen pembuatan pula dijangka terus mencabar berikutan harga jualan yang kompetitif dan kos bahan mentah tidak menentu sekali gus mengehadkan margin penapisan.

“Pengurusan turut menekankan kemungkinan berdepan kerugian penurunan nilai terhadap pelaburan dalam Synthomer pada suku keempat berikutan persekitaran operasi yang mencabar

“Selain itu, HLIB Research menaikkan unjuran keuntungan bersih kumpulan sebanyak 16.2 peratus bagi tahun kewangan 2025 serta 0.4 peratus masing-masing bagi tahun kewangan 2026 dan tahun kewangan 2027 dengan mengambil kira kos pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) lebih rendah.

“Pendapatan KLK juga dilaporkan melebihi jangkaan, masing-masing merangkumi 86.4 peratus dan 88.9 peratus daripada anggaran penuh konsensus serta firma” katanya dalam satu nota penyelidikan. 

HLIB Research mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap saham KLK dengan harga sasaran lebih tinggi pada RM24.65 sesaham.

Bagi suku ketiga berakhir 30 Jun 2025, KLK mencatatkan keuntungan bersih RM346.59 juta berbanding RM240.18 juta pada tempoh sama tahun lalu, manakala hasil pula meningkat kepada RM6.43 bilion berbanding RM5.50 bilion sebelum ini.

Sementara itu, CIMB Securities menjangkakan keuntungan KLK akan merosot pada suku keempat tahun kewangan 2025 dipengaruhi harga MSM dan isirung sawit lebih rendah selain kerugian daripada syarikat bersekutu.

“Kami mengekalkan unjuran pendapatan tidak berubah buat masa ini, sementara menunggu penjelasan lanjut daripada KLK berhubung harga produk sawit yang lebih tinggi daripada jangkaan pada suku ketiga tahun kewangan 2025,” katanya.

CIMB Securities mengekalkan saranan ‘pegang’ dengan harga sasaran RM21.50 sesaham. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN