Pelabur asing beli RM492.1 juta ekuiti tempatan minggu lalu

Pelabur asing beli RM492.1 juta ekuiti tempatan minggu lalu

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabur asing adalah pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lepas, melanjutkan kepada pembelian bersih berturut-turut dua minggu berturut-turut dengan mencatatkan aliran masuk bersih RM492.1 juta, kata MBSB Investment Bank Berhad.

Menurut Laporan Aliran Dana minggu berakhir 19 September 2025, minggu lalu adalah merupakan minggu dagangan yang dipendekkan kerana pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa sempena Hari Malaysia.

Katanya, pelabur asing adalah pembeli bersih pada dua daripada tiga hari dagangan minggu lepas, dengan hari Rabu menyaksikan aktiviti belian bersih tertinggi pada RM348.69 juta.

“Ini diikuti oleh Jumaat pada RM205.30 juta, manakala satu-satunya aliran keluar berlaku pada hari Selasa sebanyak RM61.9 juta.

“Tiga sektor teratas yang mencatat aliran masuk asing bersih minggu lepas adalah pengangkutan dan logistik pada RM131.8 juta, produk dan perkhidmatan perindustrian (RM126.9 juta) serta teknologi (RM117.1 juta).

“Hanya dua sektor yang mencatatkan aliran keluar asing bersih iaitu perkhidmatan kewangan (RM154.7 juta) dan penjagaan kesihatan (RM38.1 juta),” katanya.

Bank pelaburan berkata, institusi tempatan melanjutkan jualan bersih dua minggu berturut-turut, mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM337.6 juta.

Sementara itu, MBSB Investment Bank berkata, peruncit tempatan juga melanjutkan jualan bersih dua minggu berturut-turut, dengan aliran keluar bersih sebanyak RM159.5 juta.

“Purata volum dagangan harian (ADTV) meningkat merentas semua kumpulan pelabur minggu lepas.

“Pelabur asing mencatatkan peningkatan mendadak sebanyak 88.3 peratus, manakala pelabur runcit dan institusi tempatan masing-masing mencatatkan pengembangan sebanyak 21.2 peratus dan 19.0 peratus,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN