Malakoff diiktiraf Penjana Kuasa Bebas Terbaik

Malakoff diiktiraf Penjana Kuasa Bebas Terbaik

SURIATI Mokhtar telah menerima anugerah tersebut bagi pihak syarikat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) diiktiraf sebagai Penjana Kuasa Bebas (IPP) Terbaik di Persidangan Enlit Asia 2025, yang berlangsung di Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa Bangkok (BITEC) buat kali ketiga berturut-turut. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Syahrunizam Samsudin berkata, anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap pencapaian syarikat pada tahun lalu, malah merupakan bukti kukuh bahawa strateginya untuk membina masa depan tenaga yang lebih mampan.

Katanya, pencapaian 2024 membuktikan bahawa kecemerlangan operasi dan tanggungjawab alam sekitar boleh digabungkan. 

“Seiring dengan perubahan landskap tenaga, kami berusaha menyeimbangkan keperluan keselamatan tenaga negara pada masa ini dengan visi jangka panjang kami. 

“Kami akan terus mempercepatkan pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui dan teknologi inovatif untuk menyokong aspirasi negara mencapai 70 peratus kapasiti tenaga boleh diperbaharui (TBB) menjelang 2050,” katanya dalam kenyataan.

Tambanynya,  komitmen tersebut  sudah mula dizahirkan apabila Suruhanjaya Tenaga telah menyenaraikan Malakoff sebagai calon akhir bagi membangunkan projek solar berskala besar berkapasiti 470 MW di ladang Windsor Estate, Perak pada minggu lalu. 

“Langkah ini merupakan tonggak penting dalam peralihan tenaga bersih kami dan membuktikan kesungguhan Malakoff dalam memperluas portfolio TBB bagi menyokong matlamat nasional. 

“Visi kami jelas iaitu menjadi peneraju tenaga yang menggerakkan kemajuan untuk generasi akan datang,” jelasnya.

Anugerah berprestij ini disampaikan pada perhimpunan utama para pemimpin industri yang menerajui peralihan Asia ke arah masa depan tenaga rendah karbon. 

Ketua Komunikasi dan Penjenamaan Kumpulan Malakoff, Suriati Mokhtar telah menerima anugerah tersebut bagi pihak syarikat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN