PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 0.70 mata kepada 1,598.23 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,598.93 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,598.99.
Jumlah dagangan sebanyak RM3.59 bilion unit bernilai RM4.16 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 566 berbanding 494 dengan 482 kaunter tidak berubah dan 1,118 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menurun 257.62 mata atau 0.57 peratus kepada 45,045.81 manakala, indeks Kospi Korea Selatan susut kepada 0.46 peratus 3,445.24 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura naik 0.14 peratus kepada 4,318.740.-UTUSAN