PETALING JAYA: AMMB Holdings Berhad (AMMB) mencatatkan pertumbuhan 3.2 peratus keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATMI) kepada RM516.2 juta bagi suku pertama tahun kewangan 2026 berakhir 30 Jun 2025. Menurut kenyataannya di Bursa Malaysia, prestasi memberangsangkan tersebut dipacu oleh peningkatan 9.5 peratus pendapatan bersih kepada RM1.29 bilion bagi suku tersebut, dipacu oleh pendapatan faedah bersih (NII) yang lebih tinggi. Katanya, ini didorong oleh pengembangan margin faedah bersih (NIM) yang…