PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 1.32 mata kepada 1,547.79 pukul 9.01 pagi hari ini, berbanding 1,549.11 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,549.00.
Jumlah dagangan sebanyak 81.63 juta unit bernilai RM25.61 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 73 berbanding 72 dengan 216 kaunter tidak berubah dan 2,161 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Kospi Korea Selatan juga turun sebanyak 3.28 mata atau 0.10 peratus kepada 3,224.40 ketika berita ini ditulis.
Bagaimanapun, indeks Nikkei Jepun meningkat 749.35 mata atau 1.83 peratus kepada 41,808.50 dan indeks STI Singapura naik 30.45 mata atau 0.72 peratus kepada 4,258.15. – UTUSAN