PETALING JAYA: Malaysia merekodkan peningkatan nilai perdagangan sebanyak 3.8 peratus tahun ke tahun kepada RM265.92 bilion pada Julai, dengan eksport melonjak 6.8 peratus kepada RM140.45 bilion. Prestasi eksport itu adalah yang tertinggi sejak September 2022, sekali gus mencerminkan permintaan global berterusan terhadap barangan Malaysia. Dalam masa sama, import naik 0.6 peratus kepada RM125.47 bilion, manakala lebihan dagangan berjumlah RM14.98 bilion kekal direkodkan bagi 63 bulan berturut-turut. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar…










