PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 0.60 mata kepada 1,587.20 pukul 9.02 pagi hari ini, berbanding 1,586.60 pada penutup Rabu, menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar suku kedua 2025 esok.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,586.91.
Jumlah dagangan sebanyak 47.78 juta unit bernilai RM24.24 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 112 berbanding 74 dengan 241 kaunter tidak berubah dan 2,181 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turun 414.04 mata atau 0.96 peratus kepada 42,860.63 dan indeks Kospi Korea Selatan jatuh sebanyak 0.20 peratus kepada 3,217.81 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura susut 0.48 peratus kepada 4,252.43. – UTUSAN