Bursa Malaysia dibuka positif

Bursa Malaysia dibuka positif

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 3.08 mata kepada 1,588.04 pukul 9.03 pagi hari ini, berbanding 1,584.96 pada penutup Isnin.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,587.43.

Jumlah dagangan sebanyak 58.44 juta unit bernilai RM33.50 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 153 berbanding 73 dengan 256 kaunter tidak berubah dan 2,104 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun jatuh 267.86 mata atau 0.61 peratus kepada 43,446.45 dan indeks Kospi Korea Selatan turun sebanyak 0.12 peratus kepada 3,173.78 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks STI Singapura meningkat 0.22 peratus kepada 4,196.67. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN