DIKECAM kerana pembungkusan yang dianggap tidak menarik ketika mula menjual dari dapur rumah sewaktu pandemik Covid-19, tidak menjadi halangan kepada pasangan suami isteri untuk terus berkembang. Wan Nurasyikin Wan Mustaffa Kamel, 31, dan Ahmad Shahir Ismail, 41, kini mengemudi Biscochiz Group Sdn. Bhd., sebuah jenama pencuci mulut berasaskan keju yang semakin mendapat tempat dalam pasaran tempatan. “Kebanyakan pencuci mulut yang kami cuba sebelum ini terlalu manis. Suami saya memang kurang…