RMK13: MyDigital ID tonggak akses digital selamat, sahih 

RMK13: MyDigital ID tonggak akses digital selamat, sahih 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MyDigital ID menjadi kunci utama kepada sistem pengesahan identiti digital tunggal yang selamat dan sahih, sekali gus mempercepat serta memudahkan akses kepada pelbagai kemudahan awam dalam talian.

Penekanan terhadap peranan sistem itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) hari ini, sejajar usaha kerajaan memperkasa agenda pendigitalan negara demi kemudahan rakyat secara menyeluruh.

Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Nik Hisham Nik Ibrahim berkata, MyDigital ID menyambut baik saranan dan penegasan Perdana Menteri berkenaan kepentingan MyDigital ID itu. 

“Sistem itu bukan sahaja direka bentuk untuk meningkatkan kecekapan urusan digital, malah mengutamakan aspek keselamatan pengguna.

“Fokus utama MyDigital ID adalah menjadi sistem kepercayaan digital masa nyata. Dengan penggunaan yang semakin meluas, ia bukan sahaja memudahkan urusan rakyat, tetapi turut memperkukuh kedaulatan dan keselamatan digital negara,” katanya dalam kenyataan.

Setakat ini, sebanyak 45 platform perkhidmatan dalam talian merangkumi sektor kerajaan dan swasta telah diintegrasikan dengan sistem MyDigital ID. 

Jumlah tersebut dijangka terus meningkat sejajar pelaksanaan berperingkat di seluruh negara.

Menurutnya, sistem itu tidak menyimpan sebarang data biometrik pengguna, sebaliknya pengesahan identiti dilaksanakan secara langsung dengan pangkalan data rasmi kerajaan menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN