Pasaran saham ditutup positif

Pasaran saham ditutup positif

BURSA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 4.92 mata kepada 1,525.86 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,520.94 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,522.97.

Jumlah dagangan sebanyak 3.18 billion unit bernilai RM2.81 billion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 621 berbanding 393 dengan 511 kaunter tidak berubah dan 933 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun susut 82.08 mata atau 0.21 peratus kepada 39,819.11 dan indeks Kospi Korea Selatan turun sebanyak 0.13 peratus kepada 3,188.07 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks STI Singapura naik sebanyak 0.60 peratus kepada 4,186.47. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN