Pasaran saham ditutup negatif

Pasaran saham ditutup negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 0.45 mata kepada 1,536.07 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,536.52 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,537.88.

Jumlah dagangan sebanyak 3.37 billion unit bernilai RM2.29 billion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 510 berbanding 450 dengan 532 kaunter tidak berubah dan 926 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turun 76.68 mata atau 0.19 peratus kepada 39,569.68 dan indeks Kospi Korea Selatan susut sebanyak 0.23 peratus kepada 3,175.77 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks STI Singapura naik 0.21 peratus kepada 4,085.09. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN