Pasaran saham ditutup negatif

Pasaran saham ditutup negatif

BURSA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia susut 12.11 mata kepada 1,525.40 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,537.51 pada penutup Isnin.

Indeks penanda aras dibuka rendah 1,536.06

Jumlah dagangan sebanyak 3.12 billion unit bernilai RM2.36 billion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 604 berbanding 412 dengan 498 kaunter tidak berubah dan 927 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun meningkat 218,40 mata atau 0.55 peratus kepada 39,678.02 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks STI Singapura melonjak sebanyak 0.29 peratus kepada 4,121.21 dan indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.41 peratus kepada 3,215.28. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN