Pasaran saham dibuka rendah

Pasaran saham dibuka rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 0.31 mata kepada 1,525.09 pukul 9.08 pagi hari ini, berbanding 1,525.40 pada penutup Selasa.

Indeks penanda aras dibuka rendah 1,523.77.

Jumlah dagangan sebanyak 156.19 juta unit bernilai RM76.16 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 170 berbanding 109 dengan 277 kaunter tidak berubah dan 1905 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun meningkat 34.96 mata atau 0.09 peratus kepada 39,712.98 dan indeks STI Singapura naik 0.26 peratus kepada 4,119.82 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan susut sebanyak 0.63 peratus kepada 3,195.13.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN