PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 0.03 mata kepada 1,537.54 pukul 9.08 pagi hari ini, berbanding 1,537.51 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,536.06.
Jumlah dagangan sebanyak 111.48 juta unit bernilai RM62.40 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 178 berbanding 114 dengan 254 kaunter tidak berubah dan 1895 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turun 4.91 mata atau 0.01 peratus kepada 39,454.71 dan indeks Kospi Korea Selatan susut sebanyak 0.15 peratus kepada 3,197.22 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura naik 0.52 peratus kepada 4,109.21. – UTUSAN