BERMULA dengan minat dan pengalaman praktikal dalam bidang automotif, Abu Zarin Abu Hassan, graduan politeknik kini berjaya mengembangkan perniagaannya dalam bidang pengubahsuaian dalaman kenderaan melalui Acik Kusyen Enterprise di Senawang. Abu Zarin memulakan perniagaan ini pada 2011 dengan sebuah bengkel kecil yang menawarkan khidmat jahitan kusyen dan pengubahsuaian dalaman kenderaan. Dia yang mempelajari bidang automotif di politeknik, kemudian bekerja bersama abangnya dalam bidang yang sama sebelum memulakan langkah sendiri. “Saya memang minat kereta, terutama bahagian dalaman. Dari membalut stereng, saya belajar sedikit demi sedikit menjahit kusyen sehingga boleh siapkan set…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya