PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 10.39 mata kepada 1,529.79 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,519.40 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,519.48.
Jumlah dagangan sebanyak 3.27 billion unit bernilai RM2.24 billion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 627 berbanding 387 dengan 496 kaunter tidak berubah dan 969 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun melonjak 1,396.40 mata atau 3.51 peratus kepada 41,171.32 dan indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.44 peratus kepada 3,183.77 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura menokok sebanyak 0.40 peratus kepada 4,224.90. – UTUSAN