PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 1.44 mata kepada 1,537.51 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,536.07 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,535.56.
Jumlah dagangan sebanyak 2.93 billion unit bernilai RM1.66 billion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 514 berbanding 432 dengan 510 kaunter tidak berubah dan 926 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun susut 110.06 mata atau 0.28 peratus kepada 39,459.62 dan ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks STI Singapura melonjak sebanyak 0.42 peratus kepada 4,104.90 dan indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.83 peratus kepada 3,202.03. – UTUSAN