BMW lancar iX xDrive60 M Sport Pro, xDrive45 Sport baharu 

BMW lancar iX xDrive60 M Sport Pro, xDrive45 Sport baharu 

BENJAMIN Nagel (kanan) bersama satu daripada varian BMW iX ketika majlis pelancaran di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia melancarkan BMW iX xDrive60 M Sport Pro dan BMW iX xDrive45 Sport baharu, masing-masing pada harga RM487,800 dan RM425,800 dengan menawarkan pilihan antara enjin petrol dan serba elektrik.

Turut dilancarkan adalah  BMW X5 xDrive40i M Sport pada harga bermula RM469,800 

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, kemewahan yang ditawarkan BMW kini bukan hanya tentang kualiti material dan kemahiran pembuatan tetapi juga tentang kebebasan pelanggan untuk memilih pengalaman pemanduan mereka sendiri.

“Hari ini kami memperkenalkan barisan model premium terkini yang menawarkan pilihan antara enjin petrol dan pacuan elektrik sepenuhnya. 

“Model-model ini mewakili gabungan terbaik antara reka bentuk, inovasi dan kemampanan yang berasaskan nilai warisan dalam gerakan,” katanya pada majlis pelancaran di sini, hari ini.

BMW iX hadir dengan dua varian serba elektrik, masing-masing dengan identiti reka bentuk ikonik yang diperhalusi, kuasa yang lebih tinggi, jarak pemanduan lebih jauh serta penampilan luaran dan dalaman lebih bergaya.

Tambah Benjamin, kedua-dua varian dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda, teknologi eDrive generasi kelima, bumbung kaca panorama Sky Lounge, sistem audio Harman Kardon, kerusi pelbagai fungsi serta kokpit digital BMW.

“Model-model ini bukan sahaja mencerminkan evolusi reka bentuk dan teknologi BMW tetapi juga meneruskan legasi kami selama lebih 50 tahun menetapkan piawaian dalam industri automotif premium di Malaysia,” tambahnya.

Beliau berkata, BMW turut memperkenalkan BMW X5 xDrive40i M Sport, varian mild hybrid baharu dengan enjin enam silinder sebaris generasi terkini, reka bentuk semula pada bahagian hadapan, belakang dan kabin, melengkapkan lagi rangkaian BMW X5 di Malaysia.

Kedua-dua model iX ditawarkan dalam pelbagai warna termasuk hitam Sapphire, putih Mineral, biru Arctic Race Blue, merah Aventurine, kelabu Dune dan warna eksklusif lain mengikut varian, dengan pilihan dalaman yang mewah dan sporty seperti Atelier Mocha, Interior Design Suite Amido dan lain-lain.

Sementara itu, BMW X5 xDrive40i M Sport pula ditawarkan dalam pilihan warna luaran termasuk putih Mineral, hitam Sapphire, kelabu Brooklyn dan kelabu Skyscraper. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN