BERMULA dengan minat di asrama, Muhammad Haziq Ziad, 23, berjaya mengasaskan perniagaan gunting rambut dengan purata jualan mencecah RM30,000 sebulan. Sodokosong Barbershop yang terletak di Kampung Batu Muda, Sentul itu turut menawarkan pelbagai servis rawatan rambut untuk lelaki. Kedainya yang mula beroperasi sejak 2020 hingga kini telah mempunyai enam orang tukang gunting rambut sepenuh masa. “Saya mula gunting rambut kawan-kawan di asrama sebab minat, kemudian saya nampak potensi bidang ini…