KUALA LUMPUR: Wassiyah Shoppe Sdn. Bhd. kini giat merancang peluasan pasaran antarabangsa, dengan Oman sebagai destinasi utama yang dijangka dimuktamadkan seawal suku pertama 2026. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ariffin Sabirin berkata, pihaknya kini dalam peringkat rundingan bersama pengawal selia kewangan dan beberapa bank di negara berkenaan bagi memperkenalkan produk hibah berteraskan prinsip syariah yang telah terbukti berkesan di Malaysia. Beliau berkata, proses perundingan dan penerangan kepada pihak berkepentingan di Oman telah…