MINAT yang mendalam terhadap kopi dan keinginan membina ruang komuniti menjadi pemangkin kepada penubuhan Minutes Coffee, sebuah kafe kejiranan yang kini semakin dikenali di Wangsa Melawati. Kafe yang diasaskan oleh tiga rakan, Ariff Iman Asmadi Yusri, 25, Danish Ihsan Ahmad Jufliz, 25, dan Vinesh T Puvanaendran, 37, kini mencatatkan purata jualan bulanan sekitar RM50,000 hasil sokongan pelanggan setia dan strategi operasi yang terancang. Ariff yang merupakan Pengarah Pembangunan Perniagaan berkata,…