PETALING JAYA: Bursa Malaysia didagangkan positif selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, naik 2.50 mata kepada 1,516.15 pada pukul 9.05 pagi hari ini, berbanding 1,513.65 pada penutup Jumaat. Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,517.14. Jumlah dagangan sebanyak 63.05 juta unit bernilai RM57.98 juta. Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 176 berbanding 91, dengan 236 kaunter tidak berubah dan 1,845 tidak diniagakan. Bagaimanapun, indeks Kospi Korea Selatan…