Oasis Home Holding sasar raih RM28 juta menerusi IPO

Oasis Home Holding sasar raih RM28 juta menerusi IPO

JADEN Teoh Yee Sang (empat dari kanan) semasa Majlis Prospektus Oasis Home Holding Berhad di W Hotel, hari ini.-UTUSAN/SABRINA ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Oasis Home Holding Bhd, sebuah pemasar dan penjual produk gaya hidup pengguna secara saluran omni menyasarkan menjana RM28 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) untuk penyenaraian di Pasaran Ace Bursa Malaysia  pada 28 Mei ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Jaden Teoh Yee Sang berkata, syarikat melihat ke hadapan, peluang dalam perdagangan langsung dan sosial semakin kukuh.

Katanya, dengan model terus kepada pengguna (direct-to-consumer) dan ekosistem digital menyeluruh daripada platform hingga produk, syarikat berada dalam kedudukan yang kukuh untuk terus berkembang maju.

“Kami merancang untuk memperluas kehadiran saluran langsung kami di Facebook dan TikTok, dengan memastikan setiap jenama kami mempunyai suara tersendiri dan strategi penglibatan audiens yang khusus.

“Bagi menyokong usaha ini, kami akan mengambil hos siaran langsung baharu, masing-masing akan memberi tumpuan kepada kategori produk tertentu bagi meningkatkan kedalaman dan kualiti penceritaan kami.

“Pada masa yang sama, kami akan menubuhkan pusat pemenuhan milik sendiri, yang akan membolehkan kami mengurangkan kos operasi dan seterusnya mengekalkan serta meningkatkan margin keuntungan keseluruhan kami,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran prospektus Oasis Home Holding Bhd di W Hotel, hari ini.

Berdasarkan harga IPO sebanyak 28 sen sesaham dan jumlah saham selepas diperbesar sebanyak 500 juta saham, Oasis Home akan mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM140 juta semasa penyenaraian.

Menurut prospektus, sebanyak RM13.70 juta atau 48.93 peratus untuk pengembangan saluran jualan perdagangan langsung (live commerce), RM3.6 juta (12.86 peratus) untuk penubuhan pusat pemenuhan milik sendiri dan RM4.3 juta (15.36 peratus) bagi modal kerja. 

Selain itu, sejumlah RM2 juta atau 7.14 peratus bagi penubuhan ibu pejabat baharu dan RM4.40 juta (15.71 peratus) untuk anggaran perbelanjaan penyenaraian.

“Syarikat juga akan mengukuhkan kehadiran dengan mewujudkan lima saluran tambahan perdagangan langsung di Facebook dan TikTok untuk memberi tumpuan kepada kategori produk atau demografi tertentu bagi menjangkau audiens sasaran kami dengan lebih berkesan. 

“Ini akan membolehkan kami menjalankan beberapa sesi langsung secara serentak dan memperluaskan capaian kami,” katanya. 

Permohonan awam bagi saham IPO ini dibuka hari ini dan akan ditutup pada pukul 5 petang pada 9 Mei 2025. 

MIDF Amanah Investment Bank merupakan penasihat utama, penaja, penjamin dan ejen penempatan bagi IPO tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya