Industri utama akan saksi pewujudan pekerjaan

Industri utama akan saksi pewujudan pekerjaan

GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Industri utama di Malaysia seperti pelancongan, pertanian, pembinaan dan penjagaan kesihatan dijangka menyaksikan pewujudan pekerjaan yang ketara kepada rakyat didorong oleh peningkatan permintaan serta sokongan dasar, menurut BIMB Securities Research.

Firma itu dalam satu nota penyelidikan berkata, peningkatan semula pelancongan antarabangsa akan mengukuhkan lagi pekerjaan dalam bidang perhotelan, peruncitan dan perkhidmatan berkaitan pelancongan, manakala projek infrastruktur akan terus menjana peluang dalam pembinaan dan kejuruteraan.

Selain itu, katanya, penggunaan teknologi digital yang semakin meningkat dan inisiatif berfokuskan kemampanan akan merangsang permintaan untuk profesional mahir dalam data analitik, teknologi maklumat (IT) dan industri hijau.

“Tinjauan pasaran buruh Malaysia bagi 2025 kekal optimistik, dengan keadaan pekerjaan yang stabil, kenaikan gaji dan penciptaan pekerjaan yang berterusan merentasi pelbagai sektor.

“Memandangkan perniagaan menyesuaikan diri dengan keperluan tenaga kerja yang berkembang dan digital transformasi, peluang untuk kemajuan kerjaya akan berkembang, memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pasaran buruh yang kompetitif dan dinamik.

“Dengan langkah dasar yang proaktif dan daya tahan ekonomi, Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk mengekalkan pertumbuhan pekerjaan dan memacu kemakmuran ekonomi jangka panjang,” katanya dalam satu nota penyelidikan. 

“Memandangkan perniagaan menyesuaikan diri dengan keperluan tenaga kerja yang berkembang dan digital transformasi, peluang untuk kemajuan kerjaya akan berkembang, memperkukuh Malaysia kedudukan sebagai pasaran buruh yang kompetitif dan dinamik.

“Dengan langkah dasar yang proaktif dan daya tahan ekonomi, Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk mengekalkan pertumbuhan pekerjaan dan memacu kemakmuran ekonomi jangka panjang,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×