Hasrat bawa Tempe Ujang ke peringkat antarabangsa

Hasrat bawa Tempe Ujang ke peringkat antarabangsa

MOHAMMAD Safwan Mohd. Shahaini mewarisi perniagaan Tempe Ujang daripada kedua ibu bapanya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEWARISI perniagaan tempe keluarga melalui kedua ibu bapanya, Muhammad Safwan Mohd. Shahaini, 31 berhasrat membawa Tempe Ujang keluaran Safwansj Enterprise ke peringkat antarabangsa tidak lama lagi.

Mohd. Shahaini Ahmad, 60 dan Rogayah Talib, 56 pada 2012 yang memulakan perniagaan sejak 2012 itu mendapat inspirasi apabila tempe yang berasal daripada orang Jawa itu kerana tidak diusahakan oleh usahawan Melayu ketika itu.

“Oleh itu, kedua ibu bapa telah memulakan perniagaan tempe ini. 

“Saya sebelum itu pernah bekerja sebagai peruncit di sebuah pasar raya besar dan berhenti kerja bagi membantu keluarga dalam perniagaan tempe ujang ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Pada 2023, sebanyak 109,354 keping tempe telah terjual dan sasaran pada tahun ini lebih 120,000 keping.

Dia turut memaklumkan, kelebihan tempe keluarannya adalah tebal dan padat dan dijual dengan harga RM1.50 sekeping. 

Muhammad Safwan berkata, tempe kini merupakan kegemaran orang Melayu namun pelbagai bangsa lain turut meminati makanan tersebut. 

“Saya merasakan peniaga Melayu yang menjual tempe agak kurang dan saya anggap ini peluang kami untuk membuktikan tempe keluaran Melayu dan mempunyai status pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Julai 2024. 

“Kami mahu memastikan tempe ini pelanggan terutama orang Islam tidak merasa was-was dan yakin untuk menggunakan produk kami,” katanya. 

Muhammad Safwan juga menyasarkan untuk membawa produk Tempe Ujang ke pasaran yang lebih besar dan antarabangsa tidak lama lagi.

“Sekiranya ada rezeki dapat membawa Tempe Ujang ni ke pasaran antarabangsa. Pada masa sekarang, saya mahu memasarkan ke Singapura kerana di sana terdapat orang Melayu dan mahu mereka mencuba tempe keluaran Malaysia,” katanya. 

Dari segi cabaran, Muhammad Safwan berkata, perniagaannya pernah disabotaj apabila tong yang berisi kacang soya untuk diproses telah hilang dicuri.

Dia menjelaskan, dari segi persaingan produk itu mempunyai pelbagai jenama lain di pasaran dan pihaknya perlu sentiasa memastikan produk kekal berdaya saing. 

“Saya pasti pelanggan akan terus memilih produk keluaran kami yang sudah dijamin halal dan bersih,” katanya.

Muhammad Safwan turut menasihatkan usahawan lain sekiranya berminat untuk menjalankan perniagaan tentang sesuatu produk.

“Jangan takut untuk mencuba. Jika sudah mencuba InyhaAllah akan berjaya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN