BMW Motorrad Malaysia perkenal dua motosikal baharu - Utusan Malaysia

BMW Motorrad Malaysia perkenal dua motosikal baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan BMW S 1000 RR dan BMW F 900 GS Adventure baharu, masing-masing mewakili kemuncak motosikal sukan berprestasi tinggi dan motosikal pengembaraan yang versatil.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, sebelum ini pihaknya telah memperkenalkan BMW C 400 X Baharu dan BMW C 400 GT Baharu, yang mengangkat mobiliti bandar ke tahap yang lebih tinggi di Malaysia.

“Kini, kami meluaskan tawaran kami ke prestasi di litar, luar jalan raya, pengembaraan jarak jauh dan laluan mencabar.

“Dengan BMW S 1000 RR Serba Baharu, kami memenuhi kehendak penunggang yang menginginkan kuasa sebenar, ketepatan dan keterujaan di litar.

“Sementara itu, BMW F 900 GS Adventure Baharu direka untuk mereka yang menggemari pengembaraan tanpa batasan, sama ada di laluan lasak mahupun perjalanan jarak jauh, dengan kelengkapan teknologi canggih dan serba boleh,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, dengan pengenalan dua model baharu ini, BMW Motorrad terus menerajui aspek prestasi, ketepatan dan inovasi.

‘Make Life A Ride’ kekal sebagai janji utama jenama kami kepada para penunggang di Malaysia, memberi inspirasi kepada mereka untuk menikmati keterujaan dan kebebasan dalam setiap penunggangan, sama ada di litar berkelajuan tinggi mahupun di laluan lasak,” katanya.

Pada tahun ini, pihaknya teruja untuk terus memenuhi keperluan penunggang daripada pelbagai segmen, dengan menawarkan motosikal premium yang menggabungkan prestasi luar biasa, teknologi tercanggih dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Dengan BMW S 1000 RR serba baharu dan BMW F 900 GS Adventure baharu, BMW Motorrad Malaysia terus melangkaui jangkauan buat penunggang Malaysia.

“BMW S 1000 RR Serba Baharu memberi nafas baharu terhadap motosikal sukan berprestasi tinggi, manakala BMW F 900 GS Adventure Baharu menetapkan standard baharu bagi motosikal pengembaraan lasak yang versatil.

“Kedua-dua model ini menawarkan pengalaman yang tiada tandingan kepada penunggang Malaysia, baik di litar mahupun di luar jalan raya sekali gus mencerminkan moto ‘Make Life A Ride’,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya