Bermula sekadar membantu peniaga tepi jalan pada usia 15 tahun, Muhammad Rozaimi Muhammad Yani, 27, kini berjaya mengembangkan perniagaan Alang Fried Chicken (AFC) sehingga mencatat keuntungan bersih RM50,000 sebulan. Dengan modal permulaan hanya RM4,000, beliau nekad memulakan perniagaan sendiri ketika berumur 16 tahun di Kampung Bendahara Selayang dan kini mempunyai 17 cawangan sekitar Lembah Klang dan Bertam Pulau Pinang. Muhammad Rozaimi berkata, dirinya mengambil masa 13 tahun untuk mengembangkan perniagaannya dan tidak pernah menjadikan usia sebagai penghalang untuk terus maju dalam bidang keusahawanan. Menurutnya, sejak awal lagi, AFC sudah mempunyai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya