Hasil ES Sunlogy dipacu peningkatan penggunaan solar

Hasil ES Sunlogy dipacu peningkatan penggunaan solar

PERMINTAAN perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal (M&E) dijangka akan meningkat bagi bangunan kediaman, komersial dan perindustrian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasil ES Sunlogy Bhd. dijangka berkembang pada pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 17 peratus sepanjang tiga tahun didorong oleh peningkatan penggunaan tenaga solar, kata RHB Research.

Firma penyelidikan berkata, ia turut menjangkakan permintaan perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal (M&E) akan meningkat bagi bangunan kediaman, komersial dan perindustrian.

“Peningkatan permintaan tersebut berdasarkan trend pengguna dan syarikat memenuhi matlamat Malaysia mencapai 70 peratus tenaga boleh diperbaharui (RE) menjelang 2050.

“Sebahagian besar daripada hasil dana tersebut akan diperuntukkan untuk membina Loji Fotovoltaik Suria Berskala Besar (LSSPV) Selarong.

“Selebih dana akan digunakan untuk mengembangkan modal kerja, seperti meningkatkan tenaga kerja.

“Ini akan membantu syarikat mengembangkan keupayaannya dan membida untuk lebih banyak projek dalam kedua-dua sektor EPCC (kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan) dan tenaga solar,” katanya dalam nota penyelidikan.

ES Sunlogy terlibat dalam penyediaan perkhidmatan kejuruteraan M&E untuk sistem pengagihan bekalan elektrik dan bangunan bersama-sama dengan penjanaan dan penjualan RE.

Penyedia perkhidmatan kejuruteraan M&E itu telah memfailkan tawaran awam permulaannya (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada Ogos 2024 bagi mengumpul dana RM42 juta.

RHB Research berkata, buku pesanan ES Sunlogy bernilai RM269 juta, dengan nilai buku tender mencecah RM1 bilion merentasi 103 tawaran sehingga 24 Disember 2024.

“Kami meramalkan peningkatan sebanyak tujuh peratus dalam margin bersih pada tahun kewangan 2025 dengan peningkatan kepada 7.8 peratus pada tahun kewangan 2026.

“Anggaran kami disokong oleh kemenangan kontrak yang konsisten ES Sunlogy dan pendapatan lebih tinggi kumpulan daripada penjanaan RE.

“Oleh itu kami memberi harga wajar (FV) saham ES Sunlogy pada 41 sen sesaham berdasarkan pendapatan (PE) bagi tahun kewangan 2026 sebanyak 14 kali ganda,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×