JS-SEZ pemacu utama pertumbuhan sektor hartanah, infrastruktur

JS-SEZ pemacu utama pertumbuhan sektor hartanah, infrastruktur, teknologi tinggi

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dipercayai akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ketara merentas sektor hartanah, infrastruktur dan teknologi tinggi, Maybank Investment Bank (Maybank IB).

Bank pelaburan itu optimis terhadap prospek jangka panjang terutama selepas mengadakan lawan ke Johor baru-baru ini termasuk mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa negeri, pemaju hartanah dan pemeriksaan ke tapak lokasi utama projek pembangunan.

“Lawatan kami ke Johor baru-baru ini, mengesahkan keyakinan kami terhadap JS-SEZ. Kami juga mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Johor, Datuk On Hafiz Ghazi yang berkongsi pandangan dan komitmen Malaysia dan Singapura untuk melihat perjanjian ini.

“Sektor hartanah muncul sebagai penerima langsung JS-SEZ, dengan kami mengenal pasti beberapa syarikat berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang tersebut.

“Pasaran bertindak balas secara positif apabila pemeteraian perjanjian JS-SEZ mengesahkan pelaksanaan inisiatif kerajaan,” katanya dalam nota penyelidikan.

Maybank IB juga memilih Eco World Development Group Bhd (ECW) sebagai proksi utama untuk JS-SEZ.

Selain pemain hartanah, bank pelaburan juga menyukai pemain minyak dan gas tertentu, pemain pusat data dan syarikat perladangan yang terdedah kepada Johor.

“Ini termasuk ITMAX System Bhd., Dialog Group Bhd. dan YTL Power International Bhd. serta syarikat perladangan dengan bank tanah di Kulai, termasuk SD Guthrie Bhd., Genting Plantations Bhd. dan Kuala Lumpur Kepong Bhd.,” katanya. 

Maybank IB memaklumkan, tapak Quantum Edge ECW di Kulai dan tapak Danga Bay milik Iskandar Waterfront Holdings Sdn. Bhd. berhampiran landasan sistem transit pantas (RTS), yang akan menghubungkan Johor Bahru dan Singapura, sebagai aset utama.

Selain itu, pusat beli-belah utama di Pusat Bandar Johor Bahru (JBCC), bersebelahan RTS, dilihat sebagai pemangkin berpotensi untuk pembaharuan bandar dan peningkatan nilai hartanah.

Maybank IB berkata, kawasan Sedenak, kawasan tumpuan pusat data, dikenal pasti sebagai zon kritikal untuk pelaburan berteknologi tinggi.

“Lawatan tapak kami ke Sedenak mengesahkan keyakinan kami terhadap permainan pusat data, yang kekal sebagai tumpuan aktiviti.

“Ini sejajar dengan matlamat JS-SEZ yang lebih luas untuk menarik projek bernilai tinggi dan berteknologi tinggi sepanjang dekad yang akan datang.

“Kemajuan RTS menunjukkan projek itu berada di landasan yang tepat untuk disiapkan menjelang akhir 2026,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×