FORD Ranger Raptor sememangnya trak prestasi yang tiada pesaing. Ia duduk bersendirian di dalam kategori dan kelompok harganya, dan jika dahulu kita cuma ada satu varian sahaja – Ranger Raptor 3.0L V6 Twin-Turbo, kini Ford Malaysia turut menawarkan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel. Sayangnya, beza harga cuma RM14,000 sahaja iaitu RM248,888 untuk Raptor Diesel dan RM262,888 untuk yang menggunakan petrol. Jadi, yang mana lebih sesuai? Penulis sudah beberapa kali memandu…










