PETALING JAYA: Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) untuk memajukan teknologi dan kecekapan operasi dalam sektor eksplorasi dan pengeluaran (E&P) Malaysia. Menurut kenyataannya, MoU pertama yang ditandatangani dengan Schlumberger WTA (Malaysia) Sdn. Bhd. (SLB) memfokuskan pada meningkatkan keupayaan teknikal dalam kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin (ML) dan teknologi AI generatif. Katanya, kerjasama itu akan menyokong operasi luar pesisir Malaysia, memberikan nilai yang…










