Panduan perjanjian sewa rumah

Panduan perjanjian sewa rumah

KONTRAK sewa rumah perlu ada semua maklumat seperti perobat yang ada dalam rumah.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERJANJIAN rumah sewa adalah kontrak perjanjian antara tuan rumah dan tanggungjawab penyewa sepanjang tempoh menyewa.

Umum mengetahui, kontrak ini wajib dan digunakan untuk melindungi hak tuan rumah dan juga penyewa, melalui undang-undang dan syarat-syarat tertentu sepanjang tempoh penyewaan.

Dalam kontrak itu perlu ada semua maklumat rumah yang disewa, perabot, peralatan dan semua kemudahan yang ada termasuk dalam sewa.

Jadi, apa yang perlu ada dalam perjanjian bertulis bersama penyewa. 

Maklumat lengkap rumah sewa

Tuan rumah perlu meletakkan secara terperinci jenis rumah yang nak disewakan dan di mana lokasinya. 

Jika hartanah berstrata, sila letak nombor unit. Sila isikan maklumat sama ada yang hendak disewa untuk satu rumah atau sebahagian dari rumah (contohnya bilik medium sahaja). 

Nyatakan harga sewa dan deposit 

Perkara ini paling wajib tuan rumah perlu memasukkan adalah harga sewa yang penyewa yang perlu bayar dan tarikh bayar setiap bulan.

Lebih memudahkan beritahu penyewa tentang kaedah pembayaran (contohnya, bayar wang tunai, deposit bank atau secara ansuran).

Selepas itu, jangan lupa letak amaun yang penyewa kena bayar untuk deposit sekuriti dan deposit utiliti. Ini bagi memudahkan urusan pembayaran nanti. 

Tempoh sewa dan syarat

Tuan rumah boleh meletakkan syarat tarikh tepat kontrak ditandatangani dan tarikh bila penyewa boleh masuk dan kena keluar rumah.

Tempoh penyewaan boleh juga dilanjutkan, jadi tuan rumah boleh meletakkan klausa untuk sambung sewa dalam kontrak.

Selain itu, sekiranya penyewa melanggar syarat tersebut mereka boleh dikenakan tindakan contohnya melibatkan kelewatan pembayaran dan sebagainya. 

Tanggungjawab tuan rumah 

Apabila sudah tandatangan perjanjian dan pindah masuk, tuan rumah dan penyewa dua-dua pun ada tanggungjawab.

Tuan rumah kena bertanggungjawab atas keadaan rumah yang nak disewakan dan pastikan sebarang cukai berkaitan hartanah akan dibayar pada pihak berkenaan, rumah pula kena ada insuran dan bayar insuran premium.

Selain itu, pemilik perlu pastikan yang perabot dan peralatan yang disediakan semua dalam keadaan terbaik. 

Penyewa perlu menjaga rumah yang disewa dengan baik

Selepas menyewa, mereka perlu menjaga rumah tersebut dengan baik. Elakkan membayar bil atau utiliti lewat daripada tarikh yang terbabit. 

Sekiranya ada masalah, penyewa boleh merujuk tuan rumah seperti struktur rosak dan sebagainya. 

Letak peraturan dalam surat perjanjian  rumah sewa 

Ini perkara wajib dibincangkan bersama tuan rumah.

Sekiranya tuan rumah tidak membenarkan penyewa membawa haiwan peliharaan boleh maklumkan dalam surat perjanjian. Ini bagi mengelakkan beberapa isu terjadi selepas itu. 

Kos duti setem untuk perjanjian sewa rumah

Apabila tuan rumah dan penyewa sudah berpuas hati dengan kontrak sewaan, kedua-duanya perlu menandatangani kontrak dan semua helaian perjanjian. 

Tuan rumah dan penyewa perlu juga sediakan saksi untuk tandatangan setiap helai perjanjian itu.

Walaupun sudah mendapat tandatangan semua yang terlibat, perjanjian itu belum lagi dianggap sah dan laku dalam mahkamah selagi tiada  ada cop Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN