PETALING JAYA: Duoreqa 9 Enterprise yang mengeluarkan produk spageti sedia dimakan (RTE) atas jenama Makanhubb menyasarkan untuk menembusi pasaran eskport pada tahun depan. Pengasasnya, Siti Aishah Mohamad Hanif, 40, berkata, pengiktirafan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang diperoleh awal tahun ini akan menjadi pendorong kepada produk untuk menembusi pasaran baharu. Katanya, pensijilan halal dapat memberi keyakinan kepada pelanggan bahawa produk yang dikeluarkan adalah suci, berkualiti dan menetapi…










