PETALING JAYA: Kemenangan Kamala Harris dalam pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi impak yang lebih positif kepada ekonomi global termasuk Malaysia berbanding lawannya, Donald Trump. Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, calon presiden Parti Demokrat itu mempunyai dasar yang lebih terbuka dan liberal berbanding Donald dari Parti Republikan. Katanya, Kamala tidak akan melaksanakan dasar yang defensif seperti Donald dan beliau…