Affin Bank kini milik kerajaan Sarawak

Affin Bank kini milik kerajaan Sarawak

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Sarawak kini pemegang saham terbesar dalam Affin Bank Bhd berikutan penyempurnaan perjanjian dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk memperoleh 6.87 peratus kepentingan dalam bank itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia Affin Bank berkata, Setiausaha Kewangan Sarawak bersama-sama syarikat tujuan khas milik penuhnya, SG Assetfit Holdings Sdn. Bhd. memegang 31.25 peratus kepentingan dalam bank itu dengan selesainya perjanjian dengan LTAT.

Katanya, pegangan saham LTAT dalam bank itu dikurangkan kepada 22.01 peratus daripada 28.88 peratus, manakala Boustead Holdings Bhd. telah melupuskan kepentingan 20.08 peratus kepentingannya dalam Affin.

Pada September lalu, kerajaan negeri Sarawak mengumumkan bahawa ia meningkatkan kepentingannya dalam Affin Bank kepada 31.25 peratus melalui perjanjian dengan LTAT dan Boustead.

Boustead melepaskan keseluruhan 482.11 juta sahamnya, bersamaan dengan 20.02 peratus kepentingan dalam Affin, melupuskan pegangan saham dalam bank itu.

Boustead dalam pemfailan Bursa Malaysia Securities kelmarin memberitahu, ia menjual 469.68 juta saham kepada SG AssetFin dan 12.43 juta saham di pasaran terbuka, dengan berkesan keluar dari Affin.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN