KUALA LUMPUR: Pembinaan projek Rumah Mampu Milik (RMM) perlu memenuhi keperluan pembeli agar tidak menyumbang kepada masalah ‘overhang’ atau rumah siap tidak terjual sehingga menyebabkan kerugian kepada pemaju. Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia dan iProperty, Kenneth Soh berkata, walaupun harga adalah faktor penting bagi pencari rumah, tetapi ia bukan satu-satunya faktor utama mempengaruhi keputusan pembeli. “Jika pembangunan perumahan mampu milik dilakukan di kawasan yang jauh atau sukar diakses, walaupun harganya rendah,…










