Mira Gold komited perluas saluran jualan 

Mira Gold komited perluas saluran jualan 

NOR Dhamirah Daling (kanan) melihat kewujudan platform digital mampun untuk memberi impak besar kepada pasaran emas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat barangan kemas, Mira Gold komited dalam perancangan untuk memperluaskan saluran jualannya dengan mengukuhkan kedudukan mereka di platform media sosial. 

Pengasas Mira Gold, Nor Dhamirah Daling berkata, syarikat melihat kewujudan platform digital itu mampu untuk memberikan impak yang besar kepada pasaran emas khususnya pada waktu pembeli lebih memilih untuk membeli secara atas talian. 

“Kami selama ini bergantung kepada jualan menerusi bilik pameran sahaja tetapi sejak beberapa tahun ini, platform digital semakin memberikan pulangan yang baik kepada kami.

“Dengan melihat potensi dalam platform perniagaan secara atas talian ini, kami telah merancang untuk menambah saluran untuk masuk ke platform seperti TikTok dan Sho­pee,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Selain itu, tambah Dhamirah, walaupun saluran seperti ini mendapat permintaan yang semakin menggalakkan daripada pengguna namun penjualan barangan kemas sukar untuk bertapak di platform itu kerana harga dan risikonya yang tinggi.

“Cabaran utama yang dihadapi untuk kami memasuki secara meluas dalam platform digital ini adalah keselamatan dan syarat yang ditetapkan oleh platform berkenaan.

“Namun, kami telah membuat beberapa penambahbaikan dengan memberikan perlindungan insurans untuk menampung risiko kehilangan barangan,” ujarnya.

Sebagai langkah awal dalam era digital ini, Mira Gold juga akan melancarkan laman web e-dagang mereka dalam masa terdekat, dengan sasaran untuk meningkatkan kesedaran jenama dan meluaskan pasaran di dalam dan luar negara. 

“Sebenarnya, dalam perniagaan hari ini, tanpa e-dagang atau kehadiran platform dalam talian, perniagaan sukar bertahan.

“Biarpun tidak menjual te­rus melalui platform ini, ia penting untuk membina kesedaran jenama,”ujarnya. 

Tambahnya, dalam tempoh lima tahun akan datang, Mira Gold optimis untuk terus melebarkan sayap perniagaan dengan membuka beberapa cawangan baharu untuk kukuhkan jenama di pasaran.

“Kami merancang untuk membuka dua lagi cawangan fizikal, sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan jangka panjang.

Untuk musim perayaan akan datang, Mira Gold bakal melancarkan koleksi khas bersama selebriti tempatan, Siti Adira dan anaknya. Koleksi ini menampilkan rekaan istimewa yang disasarkan kepada ibu dan anak, sekali gus menambahkan elemen unik untuk menarik lebih ramai pelanggan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN