Diet Ideas sasar bantu 20,000 individu melalui pemakanan sihat

Diet Ideas sasar bantu 20,000 individu melalui pemakanan sihat

MASFARA WAHIDAH ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DIET Ideas Sdn. Bhd. (Diet Ideas), syarikat teknologi kesihatan komited menyasarkan untuk membantu 20,000 individu yang mempunyai masalah kesihatan melalui pemakanan yang baik dengan bantuan pakar diet dan pemakanan yang bertauliah.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Diet Ideas, Masfara Wahidah Abdul Rahman berkata, syarikat itu berjaya mencapai sebanyak 17,800 orang setakat sembilan bulan pertama tahun ini, termasuk daripada Singapura dan Indonesia.

“Statistik penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti obesiti, kencing manis, darah tinggi dan kolesterol semakin meningkat saban tahun.

“Satu daripada punca isu ini berlaku disebabkan kurangnya kesedaran rakyat Malaysia mengenai pemakanan yang boleh menjadi ubat kepada mereka. Selain daripada itu, masyarakat tidak mengetahui kaedah lain untuk berjumpa pakar diet dan pemakanan selain di hospital.

“Melihat kepada statistik pelanggan Diet Ideas  2022, ramai rakyat Malaysia  mempunyai kencing manis pada umur 25 tahun dan angka ini semakin membimbangkan.

“Pada 2023 dan 2024, ramai pe­langgan berusia 21 hingga 23 tahun menghidap kencing manis dan darah tinggi telah direkodkan. Ramai tidak sedar bahawa pemakanan yang betul boleh menjadi ubat dan pencegahan awal amat penting,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Masfara Wahidah berkata, syarikat itu telah membantu lebih daripada 10,000 pelanggan untuk mendapatkan khidmat nasihat pemakanan sejak ditubuhkan pada 2019.

“Generasi akan datang cenderung untuk mendapat penyakit kronik seawal belasan tahun, sekiranya masyarakat tidak cakna bagaimana pemakanan menjadi ubat kepada mereka.

“Oleh itu, platform Diet Ideas dapat membantu mereka untuk makan apa sahaja dan dalam masa yang sama boleh mencapai matiamat kesihatan dan mengurangkan pengambilan ubat dengan izin doktor yang merawat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN