Sentimen pasaran dijangka berhati-hati

Sentimen pasaran dijangka berhati-hati

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 3.24 mata kepada 1,668.06 pada pukul 9.05 pagi hari ini, berbanding 1,664.82 pada penutup Khamis.

Indeks dibuka tinggi pada 1669.47.

Jumlah dagangan sebanyak 148.763 juta unit bernilai RM76.778 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 202 berbanding 147 dengan 233 kaunter tidak berubah, 1,873 tidak diniagakan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, sentimen pasaran saham dijangka terus berhati-hati berikutan peserta pasaran yang akan terus memantau data pasaran buruh di Amerika Syarikat (AS).

“Malam tadi, data pekerjaan ADP Employment Change dilihat merosot melebihi jangkaan kepada 99,000 pada bulan Ogos berbanding jangkaan konsensus 144,000.

“Justeru, kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi di AS dilihat menjadi fokus dan pihak Rizab Persekutuan (Fed) dilihat akan melaksanakan dasar monetari yang akomodatif pada masa akan datang bagi menyokong pertumbuhan ekonomi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut Mohd. Afzanizam, bagaimanapun, prospek ekonomi Malaysia yang dilihat telah pun dizahirkan melalui pengekalan Kadar Dasar Semalaman (OPR) semalam.

“Justeru, trajektori bagi pasaran saham kekal positif buat masa ini.

“Malam ini, data Nonfarm Payroll dan kadar pengangguran di AS menjadi perhatian utama. NFP dijangka melonjak kepada 164,000 pada Ogos berbanding 114,000 pada tempoh sebelumnya,” katanya.

Selain itu, jelas beliau, kadar pengangguran pula dijangka menurun kepada 4.2 peratus pada Ogos berbanding 4.3 peratus pada Julai.

“Oleh itu, mod pasaran saham di Malaysia akan terus berhati-hati pada hari ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN