PNB sokong rangka kerja NSRF baharu Suruhanjaya Sekuriti 

PNB sokong rangka kerja NSRF baharu Suruhanjaya Sekuriti 

AHMAD RAHMAN AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyokong Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Nasional (NSRF) yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad  berkata, PNB mengiktiraf kepentingan rangka kerja ini dalam memupuk ketelusan dan akauntabiliti dalam pelaporan kemampanan. 

“Kami percaya bahawa NSRF akan memainkan peranan penting dalam memacu daya saing sektor korporat Malaysia pada peringkat global ke arah masa depan yang lebih mampan dan berdaya tahan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, ssulan pelancaran NSRF itu PNB akan terus bekerjasama rapat dengan syarikat- syarikat pelaburannya serta syarikat tersenarai yang PNB mempunyai kepentingan di dalamnya.

“Ini bagi memastikan mereka memenuhi keperluan pendedahan yang ditetapkan di bawah NSRF tepat pada masanya,” katanya. 

Rangka kerja itu bertujuan meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti mengenai cara perniagaan mengurus risiko dan peluang kemampanan.

Selain itu, ia turut meningkatkan daya tahan perniagaan dan menyumbang kepada agenda kemampanan negara yang lebih meluas.

NSRF, dibangunkan sejajar dengan Piawaian Pendedahan Kemampanan IFRS yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Kelestarian Antarabangsa (ISSB).

Ini khususnya IFRS S1 Keperluan Am untuk Pendedahan Maklumat Kewangan berkaitan Kemampanan dan IFRS S2 Pendedahan Berkaitan Iklim, menetapkan garis dasar yang kukuh untuk pelaporan kemampanan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN