Mee Hiris China Muslim komited terus kuasai pasaran tempatan

Mee Hiris China Muslim komited terus kuasai pasaran tempatan

MEE Hiris China Muslim buka cawangan ke-31 di Sunway Putra Mall baru- baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Restoran makanan China, Mee Hiris China Muslim terus komited dalam mengukuhkan pasaran mereka di Malaysia dengan membuka lebih banyak cawangan pada masa hadapan.

Menurut Pegawai Operasi rangkaian restoran Mee Hiris China Muslim, Elmy, walaupun jenama restoran itu masih baharu tetapi jenama itu mula mengatur strategik dalam meluaskan pasaran di seluruh negara.

“Walaupun baru berusia lima tahun, kami telah berjaya membuka lebih daripada 33 cawangan di Semenanjung dan Sabah. 

“Dengan pembukaan cawa­ngan di serata negeri, kami mahu Mi Hiris menjadi semua masyarakat untuk merasai makanan tradisional kaum Cina ini,” katanya ketika ditemui di majlis pembukaan cawangan Mee Hiris China Muslim ke-31 di Sunway Putra Mall baru- baru ini. 

Selain itu, jelasnya, walaupun usaha pengembangan giat dilakukan tetapi kualiti restoran tetap menjadi keutamaan dan simbol kepada jenama itu.

“Memberi layanan dan menyambut pelanggan dengan baik, menjadi simbol kepada restoran ini. Jadi, walaupun dengan pertambahan cawangan, kami cuba untuk kekalkan perkara itu. 

“Tidak dilupakan juga, dalam usaha untuk mengekalkan rasa dan budaya yang dibawa dari China, kami sentiasa memastikan kualiti makanan juga kekal terjamin,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Khidmat Pelanggan rangkaian restoran Mee Hiris China Muslim, Syafiqah Zulkifli berkata, jenama itu mula untuk melihat pasaran di luar Malaysia sebagai satu langkah baharu untuk teruskan pengembangannya. 

“Sekarang, cawangan yang paling jauh adalah di Sabah dan kami lihat pasaran di Indonesia agak menarik untuk diterokai. 

“Jadi untuk berkembang di luar negara, kami perlu menjalankan penelitian yang lebih dalam dan menunggu masa yang sesuai untuk pergi ke pasaran luar negara seperti Indonesia,” katanya. 

Jelas Syafiqah, semua rangkaian restoran itu telah mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Mendapatkan pengiktirafan ini semengnya menjadi hala tuju kami dalam memastikan pelanggan dapat menikmati hidangan tanpa rasa was-was,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN