Labuan FSA terima pengiktirafan GIFA 2024

Labuan FSA terima pengiktirafan GIFA 2024

JAFFREE Ismail (kiri) dan Zeti Akhtar Aziz pada Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) ke-14 2024 di Maldives, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) menerima anugerah ‘Bidang Kuasa Antarabangsa Terbaik untuk Perbankan dan Kewangan Islam 2024’ di Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) ke-14 2024 pada majlis makan malam gala di Maldives pada 17 September lalu.

Menurut kenyataannya, anugerah mengiktiraf sumbangan besar Labuan FSA ke arah kemajuan kewangan Islam di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC), khususnya melalui usaha mempromosikan inisiatif Pusat Aset Digital Islam (IDAC) Labuan.

Anugerah telah diterima oleh Pengarah Labuan FSA, Jaffree Ismail dan GIFA telah dihadiri oleh tokoh-tokoh terkemuka dalam industri kewangan Islam, termasuk pemimpin daripada institusi kewangan Islam utama, dan badan kawal selia.

GIFA juga memberi pengiktirafan khas kepada Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, bekas Pengerusi Labuan FSA atas kepimpinan, dedikasi dan sumbangan beliau dalam memajukan sempadan kewangan Islam dalam sistem kewangan Islam global.

Beliau menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat GIF dalam Perbankan dan Kewangan Islam.

Tambahnya, usaha beliau juga telah memberi impak yang mendalam kepada Labuan IBFC dalam arena kewangan Islam global yang menarik perbankan Islam ke Labuan dan terbitan sukuk melalui Labuan IBFC.

Ketua Pengarah Labuan FSA, Nik Mohamed Din Nik Musa berkata, pihaknya berbesar hati atas pengiktirafan sebagai Bidang Kuasa Antarabangsa Terbaik untuk Perbankan dan Kewangan Islam 2024.

Katanya, anugerah ini memantapkan usahanya dalam memajukan pembangunan kewangan Islam di peringkat global. 

“Baru-baru ini, kami melancarkan Pelan Induk Labuan IBFC untuk hab blockchain patuh syariah Labuan yang pertama di dunia dan pelancaran pakej insentif untuk bank digital Islam Labuan di bawah keperluan kawal selia sandbox (i-Box) untuk menyokong IDAC.

“Pengiktirafan GIFA adalah satu bukti komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan dan inovasi dalam kewangan Islam,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN