PUTRAJAYA: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sudah mengemukakan cadangan mekanisme baharu kadar cukai durian runtuh bagi perniagaan kelapa sawit kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan. Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, beliau sudah mengemukakan mekanisme cukai itu kepada MOF dua minggu lalu susulan permintaan daripada pemain industri kelapa sawit di negara ini. “Isu ini bukan baharu malah, ia telah dibawa kepada saya sejak saya mula memimpin kementerian ini sekitar tujuh…










