SEBUAH syarikat kosmetik tempatan, Kayman Beauty terus melangkah jauh dengan merancang untuk menembusi pasaran kosmetik di peringkat antarabangsa. Pengasas Kayman Beauty, Fatin Nabila Khairul Anuar berkata, jenama ini mempunyai rancangan untuk meneroka ke pasaran luar dan memastikan produknya diterima baik di peringkat antarabangsa. “Saya percaya dengan usaha keras ini yang dilakukan, jenama saya akan melangkah lebih jauh menembusi pasaran antarabangsa. “Tidak lama lagi, Kayman akan menembusi beberapa pasaran Asia Tenggara…