Derita diceraikan akibat kahwin paksa

Derita diceraikan akibat kahwin paksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN:

Suami menceraikan saya selepas tiga bulan berkahwin. Bila ditanya, bapa paksa kahwin. Hati saya hancur, sanggup korbankan saya untuk keluarga dan akhirnya saya ditinggalkan. Sekarang, saya buntu dan tidak tahu apa yang harus saya lakukan untuk meneruskan hidup.

Wanita buntu

JAWAPAN:

Perkahwinan sepatutnya menyatukan dua hati. Namun, apabila penyatuan itu tidak berlaku, perceraian boleh terjadi walaupun tanpa kerelaan.

Rasa sedih dan kecewa adalah wajar kerana tiada siapa pun ingin berkahwin untuk berpisah.

Walaupun hati terasa berat, anda tetap perlu bangkit perlahan-lahan untuk meneruskan hidup. Berikut disertakan beberapa panduan sebagai sokongan untuk anda.

Ruang untuk diri

Izinkan diri merasai setiap emosi yang hadir tanpa perlu memaksa diri untuk cepat sembuh. Menangis dan meluahkan rasa bukan tanda anda lemah, tetapi proses minda dan hati untuk belajar menerima kehilangan.

Jangan salahkan diri

Perceraian tidak semestinya berpunca daripada kesalahan anda. Ada perkara yang di luar kawalan seperti perkahwinan paksa atau ketidaksediaan pasangan. Menyalahkan diri hanya akan menambahkan bebanan emosi, sedangkan anda berhak untuk dihargai dan disayangi.

Fokus pada diri

Gunakan masa sebaik mungkin untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal. Pastikan anda mendapat rehat yang cukup, makanan berkhasiat dan lakukan aktiviti yang menenangkan seperti membaca, menulis atau berjalan ditaman. Tubuh yang lebih sihat dapat membantu otak berfikir dengan lebih jelas.

Dapatkan sokongan

Jangan memendam perasaan seorang diri. Berkongsi dengan keluarga, sahabat atau kaunselor boleh membantu mengurangkan kebuntuan dan memberi perspektif baharu. Kadangkala, rasa didengar dan difahami sudah cukup untuk melegakan hati yang sedang kecewa.

Susun semula kehidupan

Fikirkan perkara asas seperti kewangan, tempat tinggal dan rutin harian anda. Menyusun kehidupan secara praktikal, walaupun usaha itu kecil, tapi dapat membantu anda untuk mengembalikan rasa stabil dan lebih berkeyakinan diri.

Fokus masa hadapan

Yakinkan diri anda mampu membina kehidupan dan impian baharu suatu hari nanti. Tidak perlu tergesa-gesa. Fokuslah dahulu pada penyembuhan diri untuk tingkatkan keyakinan agar untuk lebih menghargai diri sendiri. Apabila tiba masanya, anda akan lebih bersedia untuk menerima kebahagiaan yang baharu.

Kesimpulan

Kebahagiaan tidak perlu bergantung dengan orang lain. Bina semula bermula dengan diri sendiri. Fokus kesembuhan dan bangkit perlahan-lahan. Percayalah bahawa anda bukan wanita yang gagal tetapi wanita yang sedang melalui proses untuk menjadi luar biasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN