PETALING JAYA: BMW Malaysia memperkenalkan BMW 520i M Sport baharu, sekaligus memperluaskan lagi barisan model BMW 5 Series pemasangan tempatan menerusi varian baharu itu bermula pada harga RM349,800 tanpa insurans. Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, BMW 5 Series merupakan tonggak utama legasi berprestij jenama BMW. “Keunggulannya dalam segmen sedan perniagaan premium bersaiz sederhana bukan hanya kerana prestasi dan kemewahan yang diperakui, tetapi juga bukti kepercayaan yang diraih…










